Bukan Hanya Sekadar Hot Wheels, Model ‘Rare’ Ini Kini Bernilai RM15,000

Saarani Nafi Ada Komplot Tukar MB Perak

Ipoh - UMNO Perak menafikan dakwaan ia berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu untuk merampas jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Timbalan Presiden...

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

Anda mungkin pandang jenama Hot Wheels ini sebagai sebuah kereta mainan sahaja tetapi buat para collector sejati, ada model daripada siri Hot Wheels ini yang bernilai lebih tinggi daripada emas.

Dalam sebuah perkongsian di Hot Wheels Trade & Sell Group Malaysia, seorang penjual memuat naik iklan untuk menjual sebuah model Hot Wheels Datsun 510 Party Car (Pink) keluaran tahun 2018 pada harga RM15,000!

Kami bertanya sendiri kepada saudara Mohd Nazim atau Gigs Hokwil mengapa model ini boleh mencapai harga seperti ini. “Seperti yang ditulis pada iklan tersebut, banyak faktor yang akan menentukan harga setiap model Hot Wheels ini. Bagi kes kereta Datsun 510 Party Car (Pink) ini, satu semestinya kerana model ini tersangat ‘rare’ dan hanya dihasilkan sebanyak 5,000 unit sahaja seluruh dunia.”

“Kedua, pada nombor sirinya. Jika nombor berkenaaan kecil, lebih tinggi harganya. Untuk model ini, ia mempunyai nombor siri 00003/05000,” kata Nazim.

Terang Nazim lagi, konsep nombor siri ini sama seperti nombor plat kereta di dunia sebenar. Collector dari seluruh dunia sanggup melabur wang untuk mendapatkan model rare dengan nombor yang kecil ini. Pada Nazim, Hot Wheels ini ibarat satu investment sekiranya anda membeli model yang betul.

“Ia bergantung kepada nasib. Ada sebuah model bernama Candy Striper. Bidaannya di eBay adalah sekitar harga NZD18,000 (~RM50,000) untuk model dengan nombor 00001/04000. Ini sekadar contoh. Ada lagi model lain yang turut mempunyai harga yang tinggi,” terang Nazim.

Untuk model di atas, ia hanya dijual di lokasi/acara terpilih sahaja tetapi anda sebenarnya boleh mencari sendiri model-model rare Hot Wheels di pasar raya menerusi model super treasure hunt (STH). Untuk maklumat tentang model STH ini, boleh klik di sini. Selamat mencari!

P/S: Nazim turut mempunyai model Hot Wheels Datsun 510 Party Car (Pink) ini dengan nombor siri biasa yang dijual pada harga sekitar RM1,200 hingga RM1,500. Jika anda berminat, anda boleh terus hubungi beliau di sini.

The Vocket

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...