Ciri premium, bajet rendah

- Advertisement -

Jenama peneraju kelas permainan, MSI memperkenalkan kad grafik baharu daripada variasi Nvidia GeForce RTX 4060 dengan pengenalan generasi siri ‘Gaming’ dan ‘Ventus 2X Black.’

Menerusi kad grafik baharu berkenaan, ia menawarkan keupayaan pemproses grafik yang terbaik dalam kelasnya dengan memberi fokus kepada resolusi permainan 1080p serta kestabilan kadar segar semula.

Kad grafik itu juga dilengkapi dengan ‘Ray Tracing’ dan teknologi ‘DLSS 3’ yang diperkukuhkan dengan senibina ‘Lovelace’ daripada Nvidia.

Untuk pencipta kandungan namun tidak mempunyai bajet yang tinggi, kad grafik keluaran MSI ini mungkin jawapannya kerana ia turut dilengkapi dengan Generasi Kelapan Nvidia Encoder (NVENC) dengan pengekodan AV1.

Menyentuh mengenai dua generasi yang diperkenalkan, MSI GeForce RTX 4060 Gaming menampilkan ciri-ciri premium dan keupayaan untuk prestasi jangka panjang.

Ia didatangkan dengan dua unit kipas penyejuk daripada teknologi Tork 5.0 yang memberikan penyejukan pada tahap optimum biarpun ketika kapasiti penuh atau ‘full load.’

Kad grafik generasi ini juga dilengkapi dengan ‘nickel-plated’ bersama paip penyejuk sesuai dengan kelas prestasi.

Ia juga turut didatangkan dengan penyeragaman lampu ‘mystic light’ menerusi perisian MSI dan mengikut tema pengguna.

 

 

Untuk siri Ventus pula, ia turut dilengkapi dengan dua unit kipas menggunakan teknologi Torx 4 selain menampilkan gaya ‘kehitaman’ sesuai untuk binaan desktop berwarna gelap.

Berdasarkan ujian yang dilaksanakan, kedua-dua generasi kad grafik berkenaan menampilkan keupayaan yang tersendiri khusus untuk resolusi 1080p.

Malah ujian terhadap permainan kelas AAA turut menunjukkan kestabilan daripada aspek kadar segar semula (FPS) tanpa sebarang masalah.

Proses sintesis atau ‘rendering’ video juga dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat malah ia adalah kad grafik mampu milik yang sesuai untuk pengguna yang tidak memiliki bajet tinggi untuk desktop mereka.

Secara keseluruhannya, kad grafik keluaran MSI ini memiliki ciri – ciri estetik dengan penawaran prestasi yang sangat baik khususnya untuk tugasan produktiviti.

Tanda harga yang mampu milik membolehkan kad grafik ini menjadi pilihan bagi pengguna yang mahukan prestasi 1080p tanpa sebarang masalah.

Penilaian Penulis
Prestasi: 4.5 / 5
Keupayaan: 4.5 / 5
Harga: 5 / 5

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat