Aidiladha di Arab Saudi Ahad, 16 Jun, hari ini bermula 1 Zulhijjah

- Advertisement -

DUBAI – Arab Saudi mengumumkan Jumaat, 7 Jun adalah 1 Zulhijjah 1445 Hijrah manakala Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah, iaitu Ahad, 16 Jun.

Mahkamah Agung Arab Saudi pada Khamis mengumumkan bahawa Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah, kerana anak bulan Zulhijjah telah keihatan pada petang Khamis.

“Hari Arafah yakni Hari Wukuf jatuh pada hari Sabtu, 15 Jun, manakala Ahad, 16 Jun akan menjadi hari pertama Aidiladha,” menurut kenyataan Mahkamah Agung Saudi, lapor Gulf News.

Sehubungan itu, Jumaat, 7 Jun merupakan hari pertama Zulhijjah, menandakan bermulanya musim haji tahun ini.

Hari pertama Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Dzulhijjah. Hari Arafah jatuh pada hari kesembilan Dhu Al Hijjah, iaitu pada 15 Jun.

Bagaimanapun, Oman berkata anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan di negara itu.

Ini bermakna hari Jumaat adalah 30 Zulkaedah, dan Sabtu, 8 Jun, menandakan hari pertama Zulhijjah.

Hari Raya Aidiladha di Oman akan disambut pada hari Isnin, 17 Jun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat