Realme perkenal peranti mesra poket, C53

- Advertisement -

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Realme melancarkan peranti baru kelas permulaan mereka iaitu Realme C53 yang dilengkapi dengan spesifikasi persis kelas pertengahan.

Tanda harga untuk peranti mampu milik ini adalah RM599 dengan padanan spesifikasi tinggi.

Malaysia antara negara strategik yang sentiasa diberi perhatian oleh Realme dan kali ini pelancaran realme C53 tidak terkecuali dimulakan di negara ini bagi telefon pintar juara ini.

Sebagai permulaan kepada peningkatan strategik Siri C, Realme C55 adalah telefon pintar peringkat permulaan yang paling baik dan diikuti dengan C53 sebagai peranti baharu.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Realme C53 ini menggunakan cipset berkuasa teras okta dengan padanan memori dinamik atau ‘Dynamic RAM’ 12GB dan ini adalah peranti yang kelas permulaan yang menawarkan kapasiti RAM sebesar itu.

Sistem storan pula adalah 128GB dan ia mampu untuk menyokong sehingga 2TB storan luar (external memory) bersama saiz skrin 6.74 skrin dengan paparan 90Hz sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna.

Peranti ini didatangkan dengan pengecas 33W SuperVOOC dengan padanan 50 megapiksel (MP) kamera kecerdasan buatan (AI).

Paling mengagumkan adalah Realme C53 ini diletakkan dalam kelas peranti permulaan namun spesifikasi yang ditawarkan adalah persis kelas pertengahan-tinggi.

 

REALME C53 yang dilengkapi dengan spesifikasi persis kelas pertengahan. FOTO Aziah Azmee
REALME C53 yang dilengkapi dengan spesifikasi persis kelas pertengahan. FOTO Aziah Azmee

 

Untuk sistem pengecas berkenaan, Realme C53 mampu untuk mengecas 50 peratus bateri daripada kosong dalam masa 31 minit saja sekali gus memudahkan pengguna.

Ini adalah peranti pertama kelas permulaan yang menggunakan teknologi pengecasan pantas kerana kebanyakan kaedah pengecas pantas ini hanya digunakan untuk peranti kelas pertengahan atau premium.

Kapasiti bateri sebesar 5,000mAh ini membolehkan kepenggunaan peranti sepanjang masa biarpun digunakan dalam mod paling optimum seperti permainan, melihat penstriman video dan sebagainya.

Untuk rekod, jangka hayat bateri ini mampu bertahan 38 hari bagi mod sedia atau ‘standby’ manakala penggunaan optimum seperti panggilan telefon, ia mampu bertahan lebih 36 jam secara berterusan.

Pada masa sama, pujian harus diberikan kepada Realme kerana mampu untuk menghasilkan peranti dengan ukuran ketebalan hanya 7.68 milimeter (mm) saja di samping padanan spesifikasi yang baik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat