Tiada masalah ditayangkan di negara jiran

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit drama Melur Untuk Firdaus, Datin Wan Kalsom Wan tidak menolak kemungkinan bahawa drama terbitan pihaknya itu akan ditayangkan di Indonesia.

Ini kerana drama adaptasi daripada novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta itu mula mendapat tempat dalam kalangan penonton negara jiran terbabit selepas beberapa klipnya tular menerusi aplikasi TikTok.

“Saya rasa tak ada masalah untuk tayangkan di sana, kenapa pula tak boleh kan? Pihak kami (A-Ten Alliance Sdn Bhd) boleh cakap kepada TV3 dan mesti mereka mahu sebab itu ‘marketing’.

“Saya boleh cakap tentang perkara ini kepada mereka yang berkenaan. Saya rasa memang tak ada masalah sebab sebelum ini TV3 pun pernah ada kerjasama dengan Indonesia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ditanya adakah peluang ini akan dimanfaatkan sebaiknya memandangkan kehangatan drama itu sudah mula dirasai, Wan Kalsom berkata pihaknya sentiasa mahu dan akan berusaha untuk pasarkannya ke luar negara.

“Mestilah, siapa tak nak kan? ‘Market’ kita di Malaysia bukanlah besar sangat, tapi kalau boleh bawa keluar alhamdulillah. Kami akan usahakan dan maklum pada TV3. Insya-Allah, saya yakin drama ini boleh pergi lagi jauh,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan drama itu, dia sendiri tidak menyangka ia akan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton selain mengakui gandingan Meerqeen dan Anna Jobling antara kunci kejayaan Melur Untuk Firdaus.

“Saya pun terkejut sebenarnya, masa tayangan empat episod awal itu pun jumlah tontonan dah banyak dan ia makin bertambah selepas itu. Pada saya drama ini sangat bagus dari segi skrip, lakon layar dan juga gandingan pelakon itu sendiri (Meerqeen dan Anna Jobling),” katanya.

Terdahulu, beberapa klip drama Melur Untuk Firdaus yang dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok tular dan mendapat sambutan ramai sekali gus dilihat memenuhi cita rasa penonton dari Indonesia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat