Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Shukor Adan Idam Guilherme De Paula Gempur Vietnam

- Advertisement -

BEKAS ketua pasukan kebangsaan, Shukor Adan, percaya peranan Guilherme De Paula masih wajar dipertaruhkan ketika bertemu Vietnam, awal pagi Sabtu depan.

Pemain naturalisasi dari Brazil itu dikritik hebat selepas mempamerkan aksi longlai ketika tumbang 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dia gagal melancarkan sebarang percubaan tepat ke gawang tuan rumah, kelmarin, lalu pengendali negara, Tan Cheng Hoe, dituntut agar melakukan rombakan sekiranya ingin menyalakan impian ke pusingan ketiga.

“Lupakan apa yang berlaku (tewas kepada UAE). Saya tetap nak De Paula main

“Kalau dia tidak dapat laksana tugas dengan baik, ini bermakna dia gagal sebagai pemain naturalisasi,” katanya dalam Nadi Weekend sebentar tadi.

Shukor — yang mencetak gol ketika kali terakhir Harimau Malaya menundukkan Vietnam iaitu dalam separuh akhir Piala AFF 2014 — menyambut baik kehadiran semula Brendan Gan yang pastinya akan memperkasakan bahagian tengah negara.

“Ketika lawan Bahrain dan UAE, kita tiada pemain nombor enam yang jitu — seorang pemain yang akan menghalang pihak lawan untuk memulakan gerakan,” katanya.

Apapun, dia tetap optimis pasukan kebangsaan menggalas tanggungjawab di Stadium Al-Maktoum kelak.

Kedudukan keempat dalam Kumpulan G meletakkan Harimau Malaya tiada pilihan selain daripada mencapai kemenangan.

Taktikal Vietnam menonjolkan keampuhan di bahagian benteng sejak lima pertemuan terakhir, namun pertahanan yang bakal berumur 42 tahun itu menuntut barisan tonggak pemain negara agar berjiwa besar — berjuang demi mengharumkan nama dan Cheng Hoe.

“Tidak mustahil Vietnam dapat diatasi seperti di tempat lawan pada 2014.

“Ketika itu kami berjuang untuk negara dan bantu jurulatih negara, Dollah Salleh.”

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat