Ternak babi: Sultan Selangor sudah letak ‘Full Stop,’ Kerajaan Madani tak faham lagi tak tahulah – Pas

KUALA LUMPUR – Sudah beberapa kali titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tentang larangan penternakan babi di negeri itu dipandang remeh oleh Kerajaan Madani dan hari ini baginda bertitah ‘Full Stop’ mengulas mengenai perkara itu lagi.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menyelar pimpinan Kerajaan Madani yang ‘memadam’ dan menghapuskan jejak digital berkenaan kenyataan pasca Kabinet semalam yang memaklumkan, sebarang pembangunan kawasan penternakan khinzir di Selangor hanya dibenarkan di lokasi baharu, yang jauh dari kawasan perumahan serta sumber air.

“Bersungguh-sungguh nampaknya kerajaan PH-BN berjuang untuk isu ini (ternak babi).

“Beberapa kali titah Sultan Selangor masih memadai, sehingga keluar pula titah ‘Full Stop!’. Tak faham lagi tak tahulaah.

“Apabila kenyataan sudah keluar, arahan delete dan 404 error di semua platform berita tiada berguna lagi,” bidas Fadhli.

Pada Khamis, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.

Baginda mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran tanah, udara serta risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan aktiviti itu boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada kira-kira sembilan juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat