MOT, CAAM sedang usaha kurangkan tekanan kos industri penerbangan – Loke

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) meneliti pelbagai cadangan daripada pihak pengurusan untuk mengurangkan tekanan kos yang sedang dihadapi oleh industri penerbangan.

Menurut beliau, ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat kini memberi kesan langsung kepada harga minyak global, sekali gus memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat, kos perjalanan, serta impak kewangan kepada pemain industri penerbangan.

“Kerajaan komited untuk memastikan sektor penerbangan negara terus berdaya tahan dan mampan, sambil mengekalkan keseimbangan antara keperluan industri dan kepentingan pengguna.

“Segala cadangan akan diteliti dengan penuh tanggungjawab demi memastikan langkah yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan industri secara keseluruhan,” katanya pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat