Jualan Agro Madani bantu menangani kos sara hidup – Mahfuz

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Jualan Agro Madani Mega Raya adalah produk industri asas tani yang dikeluarkan oleh usahawan dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Ianya platform untuk memperkenalkan produk-produk agro makanan di bawah jenama peladang dan membuka peluang kepada usahawan peladang untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran di samping membantu rakyat mendapatkan produk segar pada harga berpatutan.

Pengerusinya , Dato’ Wira Hj. Mahfuz Omar berkata demikian, ketika merasmikan program Jualan Agro Madani Mega Raya di Dataran Jalan Istana Lama pada Sabtu.

Menurutnya, melalui program ini dapat meningkatkan pendapatan peladang melalui pengurangan lapisan perantaraan pasaran melalui jualan terus kepada pengguna serta peluang memasarkan produk jualan mereka.

Di samping itu mereka boleh mempromosi dan memperkenalkan produk dengan lebih meluas dengan bekalan makanan yang mencukupi dan terjamin kebolehdapatan secara terus kepada pengguna.

Menurutnya lagi, sehingga 31 Disember lepas, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berjaya menganjurkan program sebanyak 5,608 di 5,000 buah lokasi dengan mencatatkan sebanyak 2.9 juta pengunjung melebihi sasaran yang telah ditetapkan.

Katanya, inisiatif ini turut mencatatkan penglibatan seramai 74,800 orang usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM93.7 juta.

“Pameran dari Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan, KWSP, AGRO Bank, NAFAS dan ACM untuk mempromosi produk keluaran dan tawaran dari agensi tersebut.

Agensi ini menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarakat setempat dengan harga yang berpatutan dan mampu beli oleh pengguna dengan penjimatan sehingga 30% lebih rendah daripada harga jualan di pasaran setempat.

Di samping itu, pengedaran bubur lambok dan daging segar kepada masyarakat turut disumbangkan oleh AGRO Bank, FAMA dan KWSP.

Program turut diserikan dengan 47 buah gerai menjual barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, gula, minyak dan lain-lain, ”katanya lagi.

Ujarnyanya, sepanjang Januari hingga Mac tahun ini , 19 program Jualan Agro Madani melalui LPP telah dilaksanakan di outletnya seluruh negara dengan nilai hasil jualan sebanyak RM763,779.10, melibatkan kuantiti jualan sejumlah 106,461 kg.

“Golongan belia digesa mengambil peluang dan meninjau prospek dalam sektor pertanian yang terdapat dalam program ini dan bersama-sama dengan KPKM dalam memacu sektor pertanian era baharu, ”ujarnya lagi.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPP, Dato’ Hadzir Md. Zain ; Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP, Nik Mohd Shahril Nik Md Hashim dan Pengarah LPP Kedah Azizul Lebai Ishak. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat