Ahli politik disaran lakukan ‘gencatan politik’ sepanjang Ramadan – Syed Ali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua ahli politik disaran melakukan ‘gencatan politik’ sepanjang bulan Ramadan bagi menunjukkan rasa hormat kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.

Beliau berpendapat isu yang dibangkitkan ahli politik hanya berkisar kepada kepentingan politik peribadi dan bukannya menguntungkan umat Islam.

“Perbuatan sedemikian hanya akan memberi gambaran buruk kepada bukan Islam betapa orang Islam khususnya pemimpin politik masih bercakaran sesama sendiri ketika mana mereka sepatutnya memuliakan kedatangan bulan Ramadan.

“Saya bersimpati dengan pemimpin politik daripada kalangan orang Islam yang sedikitpun tidak rasa malu menyeru supaya rakyat menghormati bulan Ramadan dan menunjukkan akhlak terpuji ketika berpuasa tetapi sebaliknya mereka yang ‘cakap tidak betul’.

“Mereka ‘bergasak’ sesama sendiri, saling tuduh-menuduh, sindir-menyindir dan cabar-mencabar hingga mencemarkan kesucian Ramadan,” tulis beliau menerusi laman Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, Syed Ali berpendapat gencatan politik wajar diadakan bagi “mengawal tingkah laku dan percakapan pemimpin politik” yang tidak memberi manfaat kepada umat Islam.

“Sebaliknya ia hanya mendatangkan kerugian bagi mereka yang berpuasa dan bertentangan dengan penghayatan bulan Ramadan yang amat dimuliakan oleh Allah,” ujarnya.

– ARTIKEL asal Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat