Menteri WP Cari Sendiri Selimut Untuk Gelandangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan selimut yang dihadapi golongan gelandangan yang ditempatkan di pusat penempatan sementara yang disediakan kerajaan untuk mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, selesai hasil bantuan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Semasa menjawab sindiran seorang netizen di akaun Twitternya mengenai penggunaan panggilan SAYA berbanding KAMI dalam hal tersebut, Annuar Musa mengakui bahawa beliau dan keluarganya sendiri yang berusaha mendapatkan bukan sahaja selimut, bahkan T-Shirt untuk kegunaan golongan berkenaan.

Pusat penempatan sementara golongan gelandangan di Kuala Lumpur juga sekarang sudah dilengkapi dengan kubikel bagi menjaga privasi mereka terutama dikalangan kaum wanita.

Lebih 500 orang golongan gelandangan kini ditempatkan di beberapa pusat komuniti yang ditukar menjadi pusat sementara sepanjang tempoh PKP. Lebih 90% daripada mereka adalah rakyat tempatan manakala bakinya ialah rakyat asing. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat