HONOR Perkenal ALPHA PLAN, raih pengiktirafan di MWC 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2025 – HONOR, jenama teknologi global, semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri teknologi dunia dengan pelancaran HONOR ALPHA PLAN di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025. Langkah strategik ini bukan sekadar menandakan perubahan hala tuju syarikat, tetapi juga mencerminkan aspirasi HONOR untuk berkembang daripada pengeluar telefon pintar kepada peneraju ekosistem peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Dengan pendekatan yang berpaksikan inovasi dan integrasi AI dalam pelbagai produk, HONOR berjaya menarik perhatian ramai pihak di MWC 2025. Media global dan pakar industri memuji komitmen jenama ini dalam memperkenalkan peranti-peranti baharu yang bukan sahaja berteknologi tinggi tetapi juga mesra pengguna. Pengiktirafan yang diterima daripada lebih 50 pihak media membuktikan daya saing HONOR dalam menawarkan produk yang menepati kehendak pasaran moden.

Antara produk yang menjadi tumpuan termasuk HONOR Watch 5 Ultra, jam tangan pintar yang menampilkan rekaan elegan dengan kerangka titanium serta paparan AMOLED berkualiti tinggi. Keunikan peranti ini terletak pada ketahanan baterinya yang mampu bertahan sehingga 15 hari, menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang mencari jam tangan pintar dengan prestasi jangka panjang.

Selain itu, HONOR Pad V9 turut mencuri perhatian dengan reka bentuk yang premium dan keupayaan pemprosesannya yang pantas. Tablet ini dikatakan mampu bersaing dengan peranti lain dalam kategori yang sama, menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan serta bateri berkapasiti besar yang menyokong penggunaan sepanjang hari.

Bagi pencinta audio, HONOR Earbuds Open membawa pendekatan berbeza dengan reka bentuk terbuka yang unik serta teknologi pembatalan bunyi aktif. Kejelasan bunyi dan bass yang mantap menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman audio berkualiti tinggi dalam fon putik tanpa wayar.

Dalam kategori komputer riba, HONOR MagicBook Pro 14 menarik perhatian dengan skrin OLED beresolusi tinggi serta kuasa pemprosesan yang hebat, sesuai untuk pengguna profesional yang mengutamakan prestasi dan ketepatan warna dalam kerja harian mereka.

Di sebalik kejayaan produk-produk ini, ALPHA PLAN menjadi tunjang utama kepada strategi jangka panjang HONOR. Pelaburan bernilai AS$10 bilion dalam AI bukan sekadar mempercepatkan inovasi teknologi, tetapi juga membuktikan kesungguhan HONOR dalam membina ekosistem pintar yang lebih luas. Dengan jaminan kemas kini Android OS selama tujuh tahun bagi siri HONOR Magic, jenama ini menunjukkan komitmen terhadap keselamatan dan pengalaman pengguna yang berpanjangan.

MWC 2025 bukan sahaja menjadi platform bagi HONOR untuk mempamerkan produk terkininya, tetapi juga titik perubahan yang memperlihatkan evolusi jenama ini ke arah masa depan yang lebih pintar dan bersepadu. Dengan sokongan serta pengiktirafan daripada pelbagai pihak, HONOR kini berada pada landasan yang kukuh untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam industri teknologi global.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat