‘Alhamdulillah selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luarbiasa’ Kata Tun M

- Advertisement -

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada apa-apa yang berlaku selepas dirinya di suntik Vaksin.

“Alhamdulillah selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luarbiasa,” kongsi beliau dilaman Facebooknya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi dan warga emas menyeru rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba giliran nanti. Usaha ini perlu kita sokong.

Jelasnya, kita sebolehnya mahu lebih ramai diberi vaksin untuk membantu usaha mengekang pandemik Covid19.

Katanya lagi, beliau memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua ‘frontliners’.

“Hari ini saya ke Pusat Pemberian Vaksin Covid19 Daerah Langkawi untuk lihat perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1.

“Saya memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua ‘frontliners’ di sini. Kumpulan pertama frontliners di Langkawi sudah divaksin lebih awal,” ujarnya. -SuaraTV

Baca lagi : https://suara.tv/07/03/2021/tun-m-terima-suntikan-vaksin-covid-19/

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat