Tun M Terima Suntikan Vaksin Covid-19

- Advertisement -

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi telah menerima suntikan dos pertama Pfizer BioNTech.

Beliau menerima suntikan tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Lada di Langkawi.

“Terkini Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telahpun menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Lada di Langkawi pada hari ini.

“Semoga Tun Dr. Mahathir diberikan pelindungan dan kesihatan yang baik dari jangkitan Covid-19. InshaAllah,” tulis Tan Sri Noor Hisham Abdullah dilaman Facebooknya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan menyeru orang ramai mendaftarkan diri di dalam talian di Mysejahtera untuk mendapatkan temujanji suntikan Covid-19 dengan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir yang berumur 96 tahun adalah dikalangan penerima Vaksin tertua yang telah menerima suntikan Vaksin. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat