1,683 Jangkitan Baru Covid-19, Tiga Kes Kematian Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.

Sementara negeri-negeri lain yang turut mencatatkan tiga digit kes COVID-19 hari ini adalah Sarawak sebanyak 201 diikuti Pulau Pinang (172), Johor (158) dan Kuala Lumpur (125).

Sementara Sabah mencatatkan 99 kes, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 48 kes.

Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu.

Negeri yang mencatatkan bawah 20 kes adalah Kedah (15), Kelantan dan Pahang masing-masing 12 kes dan Terengganu 10 kes.

Sementara Labuan catat lapan kes baharu, diikuti Melaka dengan tiga kes dan Putrajaya terendah, iaitu dua kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham melaporkan terdapat tiga kes kematian terbaharu dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian adalah 1,169 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini hampir dua kali ganda dari kes baharu apabila sejumlah 2,506 kes sembuh baharu dilaporkan.

Ia menjadikan kumulatif kes sembuh hingga hari ini adalah 291,958 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat