Pemuda UMNO mohon kerajaan tambah peruntukan kepada sekolah agama

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan tambahan peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan persendirian yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, perkara tersebut perlu atas prinsip keadilan dan kesamarataan kepada semua jenis sekolah di negara ini.

“Jika YB (Yang Berhormat) Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan) boleh mengumumkan peningkatan bantuan tambahan kepada sekolah persendirian Cina dari RM250,000 kepada RM300,000 pada tahun ini, kenapa tidak pada sekolah yang lain juga.

“(Peruntukan) RM300,000 untuk setiap sekolah persendiran Cina (manakala) RM20,000 geran bantuan sekolah agama.

“Mohon untuk dipertimbangkan YAB (Yang Amat Berhormat) Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Sebelum ini Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP dilapor mengumumkan kerajaan menyalurkan peruntukan sejumlah RM18.9 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina untuk tahun 2024.

Sebagai rekod pada tahun lepas, peruntukan khas itu sebanyak RM15.75 juta dengan sekolah masing-masing menerima RM250,000. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat