Dua single daripada dua bakat baru menjadi pertaruhan syarikat rakaman L.Y Music Factory

- Advertisement -

Kredibiliti Penerbit muzik dan Komposer terkenal L.Y. atau nama sebenar Rozman Shafie dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Malah, deretan lagu yang dicipta bersama isteri, Baiduri sejak era 1990-an kekal menjadi lagu malar segar malah masih menjadi siulan dalam kalangan pencinta muzik tanah air.

Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terkini L.Y Factory telah mempertaruhkan 2 bakat muda dengan dua single terbaru iaitu HarsonBee dengan lagu Pemilik Hatiku dan NEO menerusi lagu Oh Ibu.

HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan yang berasal daripada Sabah bukan sahaja mempunyai bakat dalam nyanyian tetapi turut mempunyai bakat dalam bidang penciptaan lagu.

Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan LY sebagai penerbit. HarsonBee berkata lagu ini dicipta dan digubah sepenuhnya oleh saya. Manakal penerbit lagu ini ialah Abang L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam dunia seni”.

Lagu Pemilik Hatiku menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka. “Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu-satunya yang berada di dalam hati.

Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman dipantau oleh LY. “Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh LY selaku penerbit.

Lagu Oh Ibu nyanyian NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella yang digubah khas untuk dirinya. “Lagu Oh Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella, Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam.

Lagu Oh Ibu yang berkonsepkan rap dan berkisarkan mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian. Melodi lagu ini disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal rap yang beremosi.

Music Video yang memaparkan kedua ibubapanya ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya.

Ada beberapa klip yang memaparkan saya dan keluarga dan ada juga yang memaparkan saya seorang diri.

“MV ini dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Jelas NEO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat