Yamani, Zaki raih undian tinggi peminat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pasangan adik-beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani memusnahkan harapan The Jebats iaitu Ayda dan Fyna Jebat menyandang gelaran juara apabila berjaya meraih undian tinggi peminat.

Juri tetap program realiti, Famili Duo, Ajai mengakui undian peminat untuk Zaki dan Yamani sangat tinggi pada minggu akhir.

“Keputusan undian luar biasa, minggu ini. Ada undian tinggi, tetapi menjunam, sebaliknya ada juga undian rendah naik mendadak meninggalkan pencabar terdekat.

“Sejak awal, The Jebats memang meraih undian tinggi peminat, boleh dikatakan hampir setiap minggu. Namun, undian agak kurang dan tidak laju seperti sebelumnya ketika Famili Duo akhir,” kata Ajai kepada HIP.

Ajai berkata, Yamani dan Zaki layak diangkat sebagai juara kerana berjaya mencapai matlamat diinginkan menerusi program Famili Duo.

Selama lapan minggu bersiaran di TV3, Yamani dan Zaki berjaya mengikis bayangan bapa mereka yang juga Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

“Gaya Zaki ketika membuat persembahan ada terikut-ikut seperti Jamal, manakala Yamani pula memiliki tona suara seperti bapa mereka.

“Bagaimanapun, saya nampak perubahan apabila berjaya menghapuskan identiti Jamal dalam diri selama lapan minggu ini.

“Mereka sangat mendengar kata. Apabila saya beritahu jangan bawa lagu berat atau lagu Jamal, sebaliknya cari lagu yang santai dan nakal sesuai dengan usia.

“Jadi, kita boleh melihat bagaimana hasilnya,” kata Ajai.

 

Yamani dan Zaki berjaya mengikis identiti Jamal sehingga diangkat sebagai juara program Famili Duo musim kedua.
Yamani dan Zaki berjaya mengikis identiti Jamal sehingga diangkat sebagai juara program Famili Duo musim kedua.

 

Ajai berkata, dia nampak vokal peserta tiada terlebih dan terkurang selama lapan minggu. Namun, apa yang memberi kelebihan menerusi konsep persembahan.

“Saya lihat vokal jatuh nombor dua kerana konsep persembahan mengatasi kekuatan vokal.

“The Jebats berjaya meletakkan penanda aras sehingga menjadi ikutan peserta lain,” katanya.

Sementara itu, Mas Idayu berkata, Yamani dan Zaki berjaya menemui identiti sendiri menerusi program realiti itu.

“Pada peringkat awal, vokal Yamani sangat kental dengan vokal, lenggok nyanyian juga saling tak tumpah seperti Jamal.

“Namun, selepas berada dalam program selama lapan minggu, kita boleh nampak mereka berjaya mengikis identiti Jamal. Mungkin tiada yang menegur selama ini.

“Jadi, peranan juri menegur membuahkan hasil apabila berjaya lari dari acuan Jamal,” katanya.

Tambah Mas Idayu, dia berbangga melihat perkembangan Zaki yang menunjukkan peningkatan positif kerana pernah bekerjasama dalam program realiti, Ceria Popstar, beberapa tahun lalu.

“Sewaktu dalam program Ceria Popstar, persembahan Zaki agak lemah, mungkin masih terlalu muda.

“Namun, saya terkejut Zaki menunjukkan peningkatan ketara dalam program Famili Duo,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat