Exists ke Borneo pula

- Advertisement -

WALAUPUN muncul di persada seni tanah air pada era 1990-an, namun nama kumpulan Exists masih hangat dan banyak kelompok peminat muzik tetap kekal menyokong perjalanan seni mereka.

Ditambah, Exists yang pernah diterajui Mamat dan Ezad Lazim sebagai vokalis utama, memiliki banyak koleksi lagu popular ‘malar segar’ yang diminati pendengar daripada pelbagai peringkat usia hingga kini.

Berbekalkan juga dengan segudang pengiktirafan pernah dimiliki mereka, tempoh lebih 31 tahun perjuangan Exists dalam bidang muzik sehingga sekarang turut menjadi rujukan penggiat seni di mana berada.

Justeru, bagi aktiviti konsert Exists ditunggu-tunggu peminat pada tahun ini adalah kemunculan mereka untuk meraih dan menghiburkan penggemar di Borneo, terutama Sarawak.

Menerusi kerjasama ImagineX selaku penganjur konsert, Exists bakal diterbangkan ke Bumi Kenyalang itu untuk Konsert Exists Resolusi pada 27 Mei depan yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mulai jam 9 malam.

Pemain keyboard Exists juga komposer, Ajai berkata, semua anggota kumpulannya sangat teruja ingin menjayakan konsert itu demi membalas jasa peminat yang masih kekal menyokong Exists di Sarawak sejak dulu lagi.

“Bagi Exists sendiri, kami sebenarnya amat gembira kerana ada kesempatan lagi untuk membuat konsert bersama anggota asal Exists lain seperti Ujang, Musa dan Along termasuk vokalis Mamat bersama dua penyanyi jemputan iaitu Pasya dan Eiz.

“Sesungguhnya perancangan persembahan konsert Exists di Sarawak nanti dilihat sebagai satu lagi penanda aras yang menunjukkan pemuzik tempatan masih punya kuasa besar dalam menakluk hati peminat.

“Exists Resolusi di Sarawak akan menjadi sebuah tanda aras yang baik bukan saja untuk kami (Exists), tetapi kepada pemuzik tempatan lain umumnya, selepas aktiviti hiburan seperti konsert pernah ‘terhenti’ sebentar akibat Covid-19.

 

EXISTS bakal jayakan Konsert Exists Resolusi di Sarawak pada 27 Mei depan.
EXISTS bakal jayakan Konsert Exists Resolusi di Sarawak pada 27 Mei depan.

 

“Jadi, untuk konsert ini sudah tentu Exists menjanjikan persembahan terbaik kami dengan rantaian lagu popular yang sangat dirindukan peminat untuk dinyanyikan di Sarawak nanti. Tunggu kedatangan kami dan siap sedia untuk menyanyi bersama,” katanya.

Antara lagu popular Exists yang menjadi siulan ramai ialah Mengintai Dari Tirai Kamar, Ibu, Rahsia Pohon Cemara, Janji Padamu, Seperti Dulu, Langkah Seiringan, Alasanmu, Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu.

Penganjur ImagineX, Amir Shah Daud pula berkata, pihaknya sangat bersyukur kerana di bawah payung Exists Resolusi, semua siri konsert di Semenanjung berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa peminat.

“Jadi, sejak itu kami di ImagineX sangat berkeinginan membawa Exists Resolusi ke Borneo termasuk Sarawak kerana percaya peminat kumpulan ini cukup ramai di sini.

“Kami juga percaya, Exists turut ingin mempersembahkan karya muzik mereka secara langsung di negeri ini.

“Begitu juga, penggemar pun sudah terlalu lama menantikan kunjungan Exists ke Sarawak. Jadi, jangan sampai terlepas peluang untuk anda menyaksikan Konsert Exists Resolusi di Sarawak yang bakal menjadi nostalgia terindah pada tahun ini,” katanya.

Harga tiket bagi Konsert Exists Resolusi dijual bermula dari RM95 hingga RM450.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat