COVID: Kluster Pasai Penyumbang Terbesar Kes Positif Di Sarawak

KUCHING: Setelah hampir sebulan, kluster Pasai yang mula dikesan di Sibu pada 9 Jan lepas terus menjadi penyumbang terbesar kes positif COVID-19 di Sarawak dengan penambahan 77 kes positif dilaporkan semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata penambahan jumlah kes positif itu menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan kluster berkenaan kini meningkat kepada 2,288 kes.

“Seramai 25,500 individu telah disaring di dalam kluster ini dan 22,250 didapati negatif manakala 962 masih menunggu keputusan makmal,” menurut kenyataan berkenaan semalam.

Sementara itu, JPBN memaklumkan terdapat 185 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif akibat virus itu di negeri ini meningkat kepada 5,457 kes.

Selain itu, sehingga semalam terdapat 14 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak.

– BERNAMA

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

1,745 Jangkitan Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import. Jumlah positif...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

UMNO sah cerai Bersatu-PN? : Laporan

KUALA LUMPUR - UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan...