Guru, Pendidik Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin

KUALA LUMPUR: Kumpulan guru dan pendidik perlu diberi keutamaan dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, demikian pandangan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) dan Persatuan Farmasi Malaysia (PFM).

Presiden PIBGN Datuk Mohamad Ali Hasan dan Presiden PFM Amrahi Buang dalam kenyataan bersama memaklumkan keutamaan ini wajar agar sekolah-sekolah boleh dibuka semula dan demi memastikan persekitaran selamat untuk anak-anak serta memberikan kestabilan ekosistem pendidikan.

“Tindakan ini akan mengurangkan kebimbangan dan keresahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah masing-masing.

“Pengambilan vaksin ini akan meningkatkan keyakinan dan semangat guru-guru untuk kembali mengajar anak murid mereka di sekolah tanpa merasa khuatir sekiranya mereka yang jadi penyebab para pelajar dijangkiti,” menurut kenyataan itu.

Mereka berkata suntikan vaksin COVID-19 tidak melibatkan individu berumur 18 ke bawah buat masa ini dan disebabkan itu, murid perlu dilindungi melalui pemberian vaksin kepada guru-guru yang mengajar mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan memulakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini dengan sasaran sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma membabitkan tiga fasa.

– BERNAMA

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

1,745 Jangkitan Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import. Jumlah positif...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

UMNO sah cerai Bersatu-PN? : Laporan

KUALA LUMPUR - UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan...