Malaysia perlu ‘reset’, tiba masa wujudkan kerajaan campuran – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya negara ini di-set semula, bermula dengan merombak jemaah menteri dan melaksanakan sistem kerajaan campuran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Akmal Saleh berpendapat sistem pentadbiran gabungan adalah lebih terbuka.
Ia juga, katanya, dapat membolehkan mereka yang berkepakaran diletakkan pada posisi dan jawatan yang sepatutnya tanpa kerenah kepartian.

Menurutnya, memandangkan telah wujud perjanjian persefahaman (MoU) kerajaan-pembangkang dan kerajaan hari ini terdiri daripada parti-parti yang bertentangan antara satu sama lain dalam pilihan raya, maka usaha itu tidak mustahil.

“Kali ini kerajaan sebenarnya memerlukan ‘will power’ atau kesanggupan yang sangat kuat, permulaannya kabinet mesti dirombak kerana jelas ianya dipenuhi oleh menteri yang tidak kompeten.

“Sekarang sudah tiba masa rakyat diberi pemimpin yang benar-benar layak berada di tempatnya, yang benar-benar boleh berkhidmat kepada rakyat.”

Jelas Akmal, sistem politik dan kerajaan hari ini perlu diubah kerana ia tidak membenarkan perwakilan daripada pembangkang untuk menyertai pentadbiran negara.

Ia walaupun seseorang itu cukup berkepakaran dalam sesuatu bidang untuk mengisi portfolio di dalam kabinet.

“Contohnya kita ada seorang Ahli Parlimen yang sangat bagus tentang ilmu alam, hal-hal bencana ini, tetapi sebab dia berada di pihak pembangkang maka dia tidak dilantik sebagai menteri.

“Dalam demokrasi kita, tak semestinya kabinet itu perlu duduk dalam parti yang sama. Kerajaan yang ada sekarang pun bukannya parti dan pakatan yang sama – UMNO, Bersatu dan Pas.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat