Berguru dengan ‘master’

- Advertisement -

PELAKON baharu, Sharifah Rose, 23, mengakui terkejut dan bertuah apabila ditawarkan terbabit dengan program Master In The House Malaysia (MITH) terbitan TV3.

Rose berkata, dia tambah teruja apabila program yang diadaptasi daripada program televisyen Korea Selatan itu diterbitkan oleh Primeworks Studios yang bekerjasama dengan SBS Korea.

“Saya baru berlakon beberapa drama dan tiba-tiba ditawarkan untuk program yang menjalani penggambaran di luar negara ini sesuatu yang menggembirakan.

“Walaupun tugasan dan cabaran yang diberikan amat susah, saya cabar diri untuk buat kerana peluang ini bukan senang nak dapat. Saya masih baharu dan banyak ‘skill’ yang belum ada.

“Apabila dapat sertai MITH, kita dapat tahu akan jumpa Master yang berbeza untuk belajar ‘skill’ dan kepakaran. Saya kena ambil kesempatan ini. Kalau kita nak pergi berguru, nak dapatkan peluang ini memang susah. Peluang yang diberikan saya rasa sangat berharga,” katanya.

Rose berkata, cabaran paling sukar ialah menari secara individu di

stesen kereta api di bawah Master Son Sung Deuk, koreografer yang mencipta fenomena K-Pop Idol BTS.

“Itu yang paling susah kerana saya seorang yang pemalu dan pendiam. Saya pun kena pandai jaga adab dan bawa diri daripada sebarang perlakuan tak elok kerana membawa imej wanita berhijab.

 

WALAUPUN mencabar, Rose seronok sertai MITH.
WALAUPUN mencabar, Rose seronok sertai MITH.

 

“Sebenarnya kita tak tahu Master mana yang kita akan jumpa kerana program ini penuh kejutan. Saya tak tahu nak ‘study’ jumpa Master dalam nyanyian atau menari dan ia mencabar.

“Dengan imej berhijab, saya selalu fikirkan supaya tidak dapat kecaman. Saya pula baharu, kalau nanti menari terkinja-kinja takut orang kutuk pula,” katanya.

Dia akhirnya merujuk perkara ini kepada pihak penerbitan apa yang perlu dilakukannya.

“Mereka kata buat setakat termampu dan jangan ‘try hard’ dan buat ikut kemampuan. Selain itu, saya memang tak pernah jumpa dengan empat artis lain, jadi ketika di lapangan terbang kami agak ‘krik krik’.

“Apabila tiba di Korea Selatan, hari pertama dan kedua kami buat hal masing-masing. Ketika di set, penerbit ada beri penerangan meminta kami wujudkan keserasian dan ia berjaya dijelmakan,” katanya.

Rose yang membintangi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard turut beruntung kerana mendapat tip berguna daripada setiap Master.

“Semua Master yang saya tanya berkenaan kejayaan yang dicapai bercakap mengenai disiplin. Mereka mahu kita bekerja keras. Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada dan belajar selagi boleh. Dalam sesi bersama Master Datuk Yusof Haslam, saya meluahkan apa yang saya lalui sebagai pelakon baharu. Saya mengakui agak sedikit terasa apabila

dikritik penonton.

“Saya tanya bagaimana cara untuk menjadi pelakon yang lebih baik. Katanya, jika hidup berdasarkan kritikan orang, saya tidak akan sampai pada tahap yang saya impikan,” katanya.

Rose berkata, nasihat Yusof membuatkan dia lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik “Lagipun, saya masih muda dan akan sehabis baik mencari potensi diri,” katanya.

Master In The House Malaysia yang bersiaran pada 15 Januari ini turut menampilkan empat selebriti lain Hael Husaini, Scha Elinnea, Andi Bernadee dan Meyrasam (CASSIA).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat