Remaja Maut Ketika Harung Banjir

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki maut ketika mengharungi banjir berdekatan dengan pekan Rantau Panjang, Pasir Mas, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Difahamkan, remaja berusia 19 tahun itu maut selepas terjatuh, ketika sedang mengharungi air untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan bersama seorang lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi berkata punca kematian belum dapat dipastikan setakat ini dan mayat remaja itu telah dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Beliau berkata walaupun ada maklumat mengatakan punca kematian adalah disebabkan terkena renjatan elektrik, namun dakwaan itu belum dapat dipastikan kesahihannya, dan polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.

Sebelum ini, tular maklumat di laman sosial mengenai beberapa orang cuba mengalihkan mayat seorang remaja berdekatan satu tiang elektrik, dan ada yang mengatakan remaja itu maut selepas dikatakan terpegang tiang di situ.

Sementara itu mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang berdekatan dengan air terjun Lata Golok dekat Chenulang, Kuala Krai Jumaat lepas, ditemukan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Suzaimi Mohamad berkata mayat Mohammad Fakeh Mat Hussin, 28, dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk dibuat pengecaman oleh anggota keluarga dan dibedah siasat.

Beliau berkata mayat dalam keadaan membengkak itu ditemukan oleh penduduk Kampung Pasir Jering, Chenulang tersangkut pada pokok, kira-kira 10 kilometer daripada tempat arwah dikatakan terjatuh.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

4,076 Pesakit Pulih, 3,585 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik COVID-19. Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di...