Senyap dan Berkuasa

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Jenama perkakas premium, MSI melancarkan perkakas penyejuk semua dalam satu (AIO) cecair berprestasi tinggi daripada siri MEG CoreLiquid S280.

Sistem penyejuk AIO berkenaan menawarkan kuasa prestasi lebih baik di sekali gus memastikan pemproses berada pada tahap paling minimum biarpun ketika kapasiti penuh (full load).

MEG CoreLiquid S280 berkenaan menggunakan teknologi pam Asetek Generasi Ketujuh dan didatangkan dua variasi saiz radiator iaitu 360mm dan 280mm mengikut kesesuaian pengguna.

Menerusi AIO baharu itu juga, ia dilengkapi dengan skrin panel IPS 2.4 inci untuk memberi maklumat suhu kepada pengguna dengan kaedah yang lebih interaktif.

Pengguna juga tidak perlu bimbang berhubung bunyi kipas yang sering dihadapi oleh AIO jenama lain kerana untuk MEG CoreLiquid S280 ini dilengkapi dengan teknologi kipas siri MEG Silent Gale.

Pam untuk siri MEG CoreLiquid S280 ini juga menggunakan kipas terpasang 60mm serta menyokong cip pemproses baharu Intel daripada generasi ke-12.

Skrin paparan IPS berkenaan boleh diubahsuai mengikut tetapan pengguna sama ada memaparkan maklumat atau bacaan suhu terkini atau sebaliknya.

Berdasarkan ujian dengan beberapa jenam utama juga menunjukkan AIO MSI ini menawarkan kuasa prestasi 30 peratus lebih baik hasil daripada padanan teknologi yang dirintis oleh jenama berkenaan bersama-sama pam Asetek generasi baharu.

Selain sokongan cip Intel, ia juga menyokong soket AMD daripada siri AM4 sehingga kepada AM2.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat