Pas anjur demo “Turun Anwar 2.0” hentikan penggadaian kedaulatan negara impak perjanjian AS-Malaysia

KUALA LUMPUR – Pas bakal menggerakkan Himpunan Mega “Turun Anwar 2.0” sebagai suara rakyat mempertahankan kedaulatan negara.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, memantau dengan dekat dan serius perkembangan berkaitan The Malaysia-US Agreement on Reciprocal Trade (ART) yang kini mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak, termasuk cendekiawan, ahli akademik dan pakar undang-undang.

Justeru menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Pas tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan beberapa langkah bagi memastikan tindakan menggadaikan kedaulatan negara melalui perjanjian ini dapat dihentikan.

“Antara langkah yang dirancang ialah menggerakkan tindakan memfailkan semakan kehakiman (judicial review); mengadakan forum menghimpunkan tenaga profesional dan ahli akademik bagi membongkar implikasi perjanjian tersebut.

“Juga menggerakkan Himpunan Mega “Turun Anwar 2.0” sebagai suara rakyat mempertahankan kedaulatan negara.

“Pas menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal peka dan bersama mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan ekonomi baharu yang terselindung di sebalik nama “perdagangan dan digitalisasi” , seru Fadhli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat