KJ teruja kembali ke PWTC, tak jejak sejak dipecat

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin teruja sekali gus menghargai kesudian Pemuda Umno Malaysia menjemput beliau sebagai salah seorang panelis dalam program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun) 1.0 yang akan berlangsung Jumaat, 7 Nov 2025.

Keterujaan Khairy itu kerana lokasi acara berkenaan berlangsung di pusat konvensyen ikonik negara, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang dahulunya dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC),

“Terima kasih Pemuda Umno Malaysia atas jemputan.

“Pertama kali speaking in PWTC since…” catat beliau di Instagram pada Khamis.

Pada 27 Jan 2023, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memecat bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli MKT Tertingginya Tan Sri Noh Omar, selain beberapa lagi pimpinannya digantung kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Manakala Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan penyandang Timbalan Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan Suffian pula digantung selama 6 tahun.

Rimbun 1.0 bakal mengupas reformasi sistem pendidikan pada zaman AI dan pemerkasaan institusi guru.

Pemuda Umno memaklumkan jemputan datang untuk sama-sama membentuk hala tuju pendidikan negara dalam era AI.

“AI bukan nak ganti guru… AI hadir untuk angkat martabat guru dan tingkatkan sistem pendidikan.

“Dan kami buka ruang penuh pada hari program untuk anda semua memberi cadangan, saranan dan suara bagaimana kita boleh tambah baik masa depan anak-anak kita. Suara masyarakat, ibu bapa, pendidik, anak muda sangat penting.

“Jumpa anda semua di WTCKL. Bawa rakan pendidik, akademik, ibu bapa dan siapa sahaja yang peduli masa depan sistem pendidikan Malaysia,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat