Konsert “Nidji 2.3: The New Chapter” – Merayakan dua dekad muzik yang menginspirasi

- Advertisement -

Kumpulan muzik Indonesia yang sudah hampir dua dekad bertapak, Nidji, akan mengadakan konsert berskala besar yang dinamakan “Nidji 2.3: The New Chapter” pada 2 Februari 2025 di Axiata Arena, Malaysia. Konsert ini bukan sahaja menandakan ulang tahun ke-23 keberadaan mereka dalam industri muzik, tetapi juga membawa misi untuk menginspirasi generasi muda melalui muzik yang penuh makna.

Lagu “Sumpah Dan Cinta Matiku” yang menduduki carta popular di aplikasi TikTok telah mengembalikan nama Nidji ke persada seni Nusantara. Lagu ini, yang juga menjadi runut bunyi filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,” menunjukkan betapa Nidji masih mampu beradaptasi dan menarik perhatian pendengar baru dengan cara yang segar dan relevan. Dengan kehadiran mereka di platform digital, Nidji menunjukkan bahawa muzik adalah medium yang tidak mengenal sempadan, dapat menjangkau pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

Kumpulan Nidji  juga bakal melancarkan album terbaru mereka dan album ini menjadi titik penting dalam perjalanan anggota-anggota band, termasuk Yusuf Ubay (vokal/saxophone), Andro Regantoro (bass), Randy Danistha (keyboards/synthesizers), Ramadhista Akbar dan Andi Ariel Harsya (gitar), serta Adri Prakarsa (dram), telah berkongsi cerita peribadi yang mendalam dalam album ini. Setiap lagu adalah gambaran dari pengalaman hidup yang unik, dan Nidji berharap untuk memberikan inspirasi kepada anak muda agar terus berusaha dan tidak putus asa dalam menghadapi cabaran. 

“Tujuan kami adalah memberikan motivasi kepada pendengar, terutama generasi muda. Kami ingin mereka tahu bahawa setiap rintangan dapat dihadapi dengan semangat dan keyakinan,” ujar seorang anggota band.

Lagu lagu di dalam album terbaru ini juga bakal dipersembahkan dalam konsert “Nidji 2.3: The New Chapter” ini adalah peluang buat peminat di Malaysia untuk mendengar sendiri secara live lagu lagu terbaru mereka.

Konsert di Axiata Arena akan memberikan peluang kepada peminat untuk menyaksikan sendiri kehebatan pertunjukan secara langsung. Kumpulan Nidji dikenali dengan persembahan yang penuh energi dan interaktif. Ini merupakan kesempatan bagi para peminat untuk mendekati idol mereka, bukan sahaja melalui muzik tetapi juga dalam suasana yang lebih intim. Dengan adanya pilihan tiket seperti “Meet & Greet,” para peminat dapat merasai momen berharga berinteraksi secara langsung dengan anggota band.

Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual pada 8 November 2024, dengan pelbagai kategori harga yang boleh dipilih. Dari harga RM108 untuk kategori umum hingga RM258 untuk VIP, Nidji memastikan bahawa pengalaman yang ditawarkan dapat diakses oleh semua. Ini adalah langkah penting untuk memupuk hubungan lebih erat antara artis dan peminat mereka.

Konsert ini telah dibawakan oleh MND Sport & Event selaku penganjur, Nidji 2.3: The New Chapter akan menjadi konsert pembuka tahun 2025 yang berbaloi untuk ditonton bukan hanya kerana terkenal dengan sebuah lagu sahaja tetapi kredibiliti Nidji sebagai kugiran hebat yang telah menawan hati peminat muzik Nusantara selama lebih 25 tahun penubuhannya.

Sebagai persediaan untuk konsert, Nidji telah melakukan aktiviti busking di Bukit Bintang, memberi peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman muzik secara langsung dan dekat. Aktiviti ini bukan sahaja menambah keterujaan menjelang konsert, tetapi juga menunjukkan komitmen Nidji untuk tetap berhubung dengan peminat mereka.

Konsert “Nidji 2.3: The New Chapter” di Axiata Arena pada 2 Februari 2025 adalah lebih daripada sekadar persembahan muzik; ia adalah sebuah perayaan perjalanan yang telah dilalui oleh Nidji selama 23 tahun. Dengan misi untuk menginspirasi, menghibur, dan mendekati peminat, Nidji bersedia untuk mengukir kenangan yang tidak akan dilupakan. Bagi semua penggemar muzik, ini adalah kesempatan yang tidak boleh dilepaskan!

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat