HONOR memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka, HONOR X9c 5G, yang hadir dengan gabungan ketahanan luar biasa dan teknologi termaju. Menjadi tambahan terkini dalam Siri X, HONOR X9c 5G direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang mengutamakan ketahanan dan prestasi. Dengan ciri Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh serta pelbagai peningkatan dalam paparan, bateri, dan sistem fotografi, peranti ini dijangka menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan kekuatan dan inovasi.
Ditawarkan pada harga RM1,499 untuk storan 256GB dan RM1,699 untuk storan 512GB, HONOR X9c 5G memberikan nilai yang kompetitif bagi pengguna yang inginkan peranti berprestasi tinggi dengan perlindungan menyeluruh dan teknologi terkini.
HONOR X9c 5G direka khusus untuk mereka yang mengutamakan ketahanan dan kebolehpercayaan, dengan tiga ciri perlindungan komprehensif: Kalis Jatuhan, Kalis Air 360 Darjah, dan Kalis Calar untuk memastikan telefon kekal terlindung dalam pelbagai keadaan. Peranti ini turut memperoleh Sijil Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang SGS, menjadikannya salah satu telefon pintar paling tahan lasak dalam industri.
Untuk melengkapkan ciri ketahanan ini, HONOR X9c 5G didatangkan dengan Polisi Jaminan Tiga Ganda bagi memberikan ketenangan minda kepada pengguna. Polisi ini merangkumi penggantian skrin dan kamera depan selama 365 hari, penggantian peranti satu-ke-satu dalam masa 180 hari bagi peranti yang diaktifkan sebelum 16 Disember 2024, dan jaminan bateri selama 36 bulan untuk memastikan prestasi optimum. Polisi ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman penggunaan tanpa kerisauan dengan liputan perlindungan menyeluruh.
HONOR X9c 5G turut tampil dengan bateri silikon-karbon berkapasiti besar 6,600mAh– yang pertama dalam industri ini. Bateri ini menawarkan ketahanan sehingga tiga hari dengan sekali cas, dipadankan dengan Mod Penjimatan Kuasa AI untuk penggunaan tenaga lebih cekap. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge, sesuai untuk pengguna yang sentiasa aktif.
HONOR X9c 5G diperkasakan dengan teknologi Magic AI yang merangkumi ciri seperti AI Eraser, AI Motion Sensing, Magic Capsule, Magic Portal, Parallel Space, dan AI Privacy. Keupayaan ini memberikan pengalaman telefon pintar yang lebih pintar, mudah, dan berfokus pada keselamatan privasi pengguna.
HONOR X9c 5G hadir dengan Paparan OLED Eye Comfort flagship yang mempunyai kecerahan HDR tertinggi dalam industri sehingga 4,000 nits dan Dimming PWM 3840Hz yang selamat untuk mata. Ia juga dilengkapi ciri Circadian Night Display dan Dynamic Dimming untuk pengalaman menonton yang lebih selesa.
Bagi keupayaan fotografi, HONOR X9c 5G menampilkan kamera 108MP dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) – pertama dalam Siri HONOR X. Ciri ini membolehkan pengguna merakam gambar yang ultra-jelas dan stabil, menjadikannya sesuai untuk pengambilan gambar berkualiti tinggi dalam pelbagai pencahayaan.
Dengan pelancaran HONOR X9c 5G, HONOR terus menunjukkan komitmennya untuk menyediakan peranti tahan lasak dengan teknologi terkini, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mahukan gabungan ketahanan dan kecanggihan.