Jika banjir besar, SPR ada kuasa hentikan PRU15 – PM

- Advertisement -

KEMAYAN- Sekiranya berlaku banjir besar, Perdana Menteri menyerahkan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghentikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, SPR mempunyai kuasa penuh dalam urusan pilihan raya.

“Tapi kalau berlaku banjir yang besar sehinggakan orang tak boleh keluar, maka saya akan berbincang dengan pihak SPR kalau ada alternatif lain.

“Jadi kita juga akan bincang dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan jawatankuasa pengurusan bencana.

“Mungkin tak ada lagi menteri-menteri yang terlibat kerana kerajaan ‘caretaker’ maka mungkin saya akan panggil semua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bincang langkah terbaik untuk diambil bagi berdepan situasi banjir besar jika ia berlaku,” katanya ketika sidang media selepas program kenduri rakyat di Kemayan pada Ahad.

Selain itu, kata beliau SPR boleh bagi pandangan berhubung situasi banjir dan urusan pilihan raya.

“SPR boleh bagi pandangan. Kalau SPR nak menghentikan pilihan raya itu terserah kepada SPR.

“Pilihan raya adalah urusan SPR,”tegas Ismail Sabri lagi.

Pada 3 November lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan monsun timur laut (MTL) akan berlaku lebih awal dari jangkaan, ketika negara bersiap sedia menghadapi PRU15.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memberitahu dua bulan sebelum penamaan calon kerajaan dan agensi berkaitan pengurusan bencan telah bersedia menghadapi monsun.

“Kerajaan negeri dan daerah juga telah memperkasa persediaan dan jentera bagi mendepani cuaca buruk

“Malah pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) tradisi juga sudah kita ubah suai dengan kelengkapan bilik air dan tandas,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat