BELANJAWAN 2021: Bantuan Khas Kewangan RM600 Untuk Penjawat Awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan itu juga termasuk bantuan RM600 adalah untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

“Bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen, Bantuan Khas Kewangan RM300 akan diberikan. Bantuan ini akan dibayar pada awal tahun 2021,

“Bagi menghargai keringat penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan juga bersetuju untuk pemberian one-off RM500 ringgit kepada 40 ribu penerima,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Parlimen, sebentar tadi.

Disamping itu, kerajaan yang prihatin dengan kebajikan para penjawat awam, bersetuju menaikkan kadar elaun RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 Pegawai Bomba bantuan mulai 2021 dan memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100 ribu ringgit kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat