Agong bangga Zyson harumkan nama negara di pentas dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Zyson Kang Zy Shun, murid sekolah rendah berumur 9 tahun dari SJK(C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor, atas kejayaan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (Kategori bawah 11 tahun) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Zyson yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan memberi yang terbaik serta berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Zyson dan mendoakan semoga beliau sentiasa dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta terus menyumbang kepada negara.

Zyson memenangi pertandingan mencipta, Spacesuit Lunar Toilet yang memudahkan angkasawan untuk membuang air sewaktu berada dalam kapal angkasa yang telah menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

Ciptaan unik ini tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri, hanya menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan; justeru mengurangkan risiko alat tersebut untuk rosak.

Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel, untuk menukarkannya menjadi pepejal.

Pertandingan Lunar Loo Challenge telah dianjurkan oleh NASA bagi merancang misi ke bulan pada 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat