UMNO Mesyuarat Manifesto Malam Ini – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agenda mesyuarat UMNO malam ini diteruskan dengan memperincikan manifesto parti berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, UMNO malam ini mengadakan mesyuarat manifesto.

“Ini bukan mesyuarat Top 5 UMNO, tapi mesyuarat manifesto,” katanya.

Mesyuarat manifesto ini dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hari ini difahamkan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua kali hadir ke Menara Datuk Onn.

Awalnya sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sekali lagi selepas menghadap bagi memaklumkan perkembangan kepada pucuk pimpinan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat