Polis Siasat Penyebaran Laporan Siasatan Buku Tommy Thomas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan mengenai penyebaran laporan siasatan terhadap buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, laporan itu dikesan dimuat naik di laman sesawang www.malaysia-today.net.

“Ia bertajuk Rahsia: Laporan Siasatan ke atas Buku Tommy Thomas, My Story: Justice in the Wilderness.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan PDRM sudah merakam keterangan Tommy Thomas berhubung buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness yang juga karya beliau.

Noorsiah dipetik berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu susulan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditaklimatkan kepada Jemaah Menteri.

Menurutnya, arahan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya siasatan lanjut segera dilaksanakan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat