Sejurus Parlimen dibubar kuasa Ismail Sabri berpindah kepada Zahid – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen kuasa yang ada padanya akan berpindah kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengingatkan Ismail Sabri bahawa Zahid memegang nasib politik setiap calon pilihan raya Umno.

“Ismail Sabri juga harus tahu bahawa walaupun sekarang beliau mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri, kuasanya hilang serta-merta sebaik sahaja beliau membubarkan Parlimen.

“Kuasa yang diberikan kepadanya kemudiannya akan dipindahkan dengan serta-merta kepada Zahid yang memegang nasib politik setiap calon pilihan raya Umno di tangannya.

“Adalah demi kepentingan negara dan politik Ismail Sabri sendiri untuk mengadakan pilihan raya tahun depan,” seru Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu juga menegaskan, sekiranya benar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim banjir dan rakyat masih mengharungi kenaikan kos sara hidup ini petunjuk jelas kerajaan ini tidak layak menjadi pemimpin rakyat.

Guan Eng berkata, panggilan PRU15 dalam tempoh runcing ini hanya demi memuaskan kemaruk kuasa pemimpin tertentu sahaja bukan untuk rakyat.

“Demi memuaskan kemaruk kuasa dengan mengadakan pilihan raya tanpa menghiraukan kesusahan rakyat mengharungi kenaikan kos sara hidup dan masalah banjir, mereka ini tidak layak jadi pemimpin rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat