PN pulihkan ekonomi, orang lain jangan ambil kredit, kata Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali meminta pihak lain agar tidak ‘mengambil kredit’ di atas pencapaian pemulihan ekonomi yang diusahakan Perikatan Nasional (PN) ketika di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Azmin, pemulihan ekonomi yang dikecapi sekarang merupakan usaha yang dilakukan PN ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri berikutan ekonomi Malaysia kini mencatat pertumbuhan tinggi sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022.

Katanya, pertumbuhan ekonomi suku kedua 2022 itu tidak mungkin dapat diperolehi hanya dalam masa enam bulan lalu.

“BNM (Bank Negara Malaysia) buat pengumuman, pertumbuhan ekonomi suku kedua 2022 sudah catat 8.9%, tahniah PN, orang lain jangan ambil kredit, tak mungkin kita dapat menuai kejayaan ini, kalau kita semai enam bulan yang lalu, nak tanam taugeh pun lama dapat hasil,” katanya memetik laporan portal berita FMT.

Selain itu, Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor berkata, menerusi perancangan dilakukan sejak pentadbiran PN, negara menyaksikan kadar pengangguran menurun kepada 3.7%.

“Sebab inilah dasar yang berani, yang bertanggungjawab, yang diperkenalkan oleh PN pimpinan Muhyiddin, mengarahkan saya di Miti, buka aktiviti perkilangan, hakikatnya kalau saya tutup semua aktiviti industri, hari ini ekonomi Malaysia lumpuh, tak mungkin dapat bangkit.

“Hari ini, Alhamdulilah, Mak Cik Kiah boleh berniaga, kilang sudah boleh buka, mereka sudah dapat pekerjaan, pelaburan meningkat,” katanya sambil memaklumkan jumlah pelabur masuk ke Malaysia pada 2021 sahaja berjumlah RM309 bilion, antara tertinggi ketika ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, di bawah pentadbiran PN juga, nilai export mencecah RM1.24 trilion sehingga Dis 2021, setanding sasaran dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang mensasarkan nilai eksport RM1.25 trilion, pada 2025.

“Apa maknanya? sasaran RMK12 yang sepatutnya kita catat 2025, kita dapat capai empat tahun lebih awal. Tahniah kepada PN. Kita dapat cipta kemakmuran negara, dapat cipta pekerjaan yang baik, kita dapat cipta pelaburan, nilai eksport ditingkat, ini semua adalah dasar-dasar PN,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat