Jangan angkuh, rakyat adalah tuan – Syed Saddiq ingatkan Saravanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan diingatkan tidak angkuh kerana buruk padahnya jika mengundang kemarahan rakyat.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan Saravanan bahawa rakyat adalah tuan terutamanya pada pilihan raya.

“Jangan angkuh. Banyak kali saya sebut, dalam politik ni – Rakyat adalah Tuan.

“Rakyat patut jadi keutamaan kita. Kalau ada yang marah, dengar dan ambil iktibar,” pesan Ahli Parlimen Muar itu.

Malah kata Syed Saddiq, jika ikut logik memang patut rakyat marah kalau Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan masa musim banjir.

Semalam, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia itu menyoal pembangkang menggunakan isu musim banjir sebagai alasan untuk mengelak daripada mengadakan PRU15.

Kata beliau, jika kerajaan membuat keputusan yang tidak baik dengan mengadakan pilihan raya semasa musim banjir yang hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat maka pembangkang yang akan mengaut manfaatnya.

“Saya pelik, takkan pembangkang ini baik sangat. Kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar adakan pilihan raya masa banjir, kalau betul-betul rakyat marah, biarlah rakyat marah.

“Itu akan memihak pada pembangkang apa? Mereka (pembangkang) takkan tiba-tiba nak jaga kepentingan kita? Ini adalah sandiwara politik,” dakwanya.

Saravanan juga memberi bayangan sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa beberapa hari lagi, kemungkinan PRU15 tidak berlaku ketika musim banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat