PM Selesai Menghadap Agong, Tarikh Bubar Parlimen Masih Menjadi Teka Teki

- Advertisement -

Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.45 petang.

Beliau sekadar melambai kepada petugas media dan berlalu.

Dalam pada itu, tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pintu 1 Istana Negara pada jam 3.49 petang Khamis.

Perdana Menteri dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 4 petang.

Ismail Sabri kelihatan ceria sambil melambai kepada petugas media di pekarangan Pintu 1 Istana Negara.

Difahamkan Perdana Menteri akan membentangkan urusan Kabinet kepada Agong dan cadangan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berkesempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat