Parlimen tidak bubar esok!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parlimen tidak akan dibubarkan esok sebaliknya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memaklumkan perbincangan hanya mengenai agenda mesyuarat kabinet.

Kenyataan istana Negara tersebut menunjukkan Perdana Menteri tidak memohon pembubaran kabinet seperti mana desakan UMNO.

Sumber lain pula memberitahu Suara.Tv bahawa Perdana Menteri tidak memohon pembubaran Dewan Rakyat berikutan isyarat Istana Negara mahukan pembentangan Bajet 2023 yang dijadual Jumaat ini diteruskan.
Tindakan baginda membuat kunjungannya ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pagi tadi juga merupakan isyarat jelas kepada cabang eksekutif mengenai keutamaan negara.

Keberangkatan baginda bertujuan mendengar sendiri pandangan para pakar mengenai keadaan cuaca.

Justeru pembentangan Bajet 2023 diteruskan dan Parlimen tidak akan dibubar dalam tempoh masa terdekat ini.

Dalam pada itu, di media-media sosial banyak muat naik Daulat Tuanku ia sebagai tanda menghargai kebijaksanaan baginda dalam urusan mengemudi negara.

Pun begitu dikhabarkan Agong memberi perkenan tarikh lain untuk pembubaran Parlimen.

Sementara itu, Facebook Istana Negara memuat naik foto Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat