MetMalaysia tak galakkan PRU-15 pada musim monsun timur laut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menggalakkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim monsun timur laut.

Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip berkata, negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun dan banjir dilihat sudah kerap berlaku di seluruh negara, lapor Astro Awani.

“Kita di pihak pengurusan bencana tidak galakkan (PRU-15 diadakan). Kenapa nak ambil risiko, dalam situasi kita nak menghadapi Monsun Timur Laut, kita tahu akan berlaku banjir di banyak tempat.

“Kalau dilihat, di Johor, Melaka dan Perak pun sudah banjir, jadi dari segi kesesuaian cuaca, memang tidak sesuai untuk adakan pilihan raya,” katanya.

Selain itu, Hisham turut memaklumkan, kadar hujan yang direkodkan di seluruh negara tidak menampakkan perubahan yang signifikan secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, katanya, dari segi wilayah, negeri-negeri di tengah semenanjung mencatatkan pertambahan hujan, berbanding negeri-negeri lain.

“Di Semenanjung, tiada perubahan signifikan dari segi kadar hujan, tetapi kalau dipisahkan mengikut wilayah, di pantai timur, hujan semakin menurun, di utara tidak banyak berubah.

“Yang meningkat ialah di negeri tengah Semenanjung, Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Di Johor, trend hujan juga menurun, manakala Sabah dan Sarawak tidak banyak perbezaan,” jelasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat