Peranti pertama guna kamera 200MP

- Advertisement -

Pengeluar perkakas pintar, Xiaomi memperkenalkan dua peranti baharu mereka iaitu Xiaomi 12T dan 12T Pro dengan penawaran kamera 200 megapiksel (MP).

Xiaomi yang terkenal dengan inovasi baharu sekali lagi memberi kejutan kepada peranti pintar kelas mercu mereka iaitu menggunakan sensor kamera 200MP menerusi variasi Xiaomi 12T Pro.

Menyentuh aspek spesifikasi Xiaomi 12T Pro ini, ia didatangkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 bersama padanan memori (RAM) 12GB dengan storan sehingga 256GB.

Saiz skrin pula adalah 6.67 inci dengan paparan CrystalRes AMOLED DotDisplay dengan sokongan kadar segar semula 120Hz sekali gus memberi pengalaman lebih licin kepada pengguna khususnya untuk kandungan permainan.

Paling mengagumkan adalah peranti variasi ini menggunakan tetapan tiga lensa dengan sensor utama adalah 200MP Samsung ISOCELL HP1 bersama sensor OIS serta 8MP sudut ultra lebar di sokong 2MP lensa makro.

Tetapan itu juga turut menyokong 200MP Xiaomi ProCut dan rakaman video sehingga 8K tanpa sebarang masalah.

Sesuai dengan kepenggunaan pada hari ini, peranti ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 120W HyperCharge.

Bagi variasi Xiaomi 12T pula, ia memiliki saiz skrin yang sama dengan variasi Pro cuma peranti ini tidak menyokong sokongan Dolby Vision manakala cip pemproses pula menggunakan MediaTek Dimensity 8100 Ultra dengan padanan 8GB RAM.

Tetapan kamera adalah sama dengan variasi Pro iaitu tiga lensa cuma yang membezakan adalah sensor untuk Xiaomi 12T adalah 108MP Samsung ISOCELL HM6.

Kedua-dua variasi ini masih belum dipasarkan untuk jualan Malaysia dan mungkin Xiaomi akan melancarkan tidak lama lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat