‘Cukup-cukuplah pasal cinta dan kahwin’ – Syafiq Kyle

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon popular, Syafiq Kyle tidak mahu lagi kisah peribadinya mengenai cinta dan perancangan perkahwinan dengan pelakon Mimi Lana diperkatakan lagi.

Syafiq berkata, perkara itu akan berlaku apabila tiba waktunya nanti.

“Biarlah ia sampai di situ. Sampai masa yang sesuai, ia akan terjadi juga. Mungkin dah ramai orang dan tahu, cuma tiada kepastian. Saya perlu bersikap profesional dan saya harap, semua orang juga begitu,” katanya.

Syafiq ketika ditemui di sesi tayangan dan sidang media drama bersiri One Cent Thief berkata, dia memohon semua pihak untuk berikan tumpuan kepada karier seninya.

“Saya mohon jasa baik semua, beri muka kepada saya dan beri tumpuan kepada kerja-kerja lakonan saya,” katanya.

Terbaharu, Syafiq kini muncul menerusi drama One Cent Thief yang mengisahkan mengenai pekerja bank bernama Iman Shah menggunakan kemampuannya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) untuk ‘merompak’ satu sen daripada setiap pelanggan.

Selain Syafiq, drama lapan episod itu juga turut dibintangi Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Amerul Affendi, Sofia Jane, Aghonderan Sahadevan dan Fabian Loo.

One Cent Thief yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan pernah menggemparkan Malaysia satu ketika dulu bakal bersiaran bermula Sabtu ini menerusi saluran Astro Ria (104).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat