Pengkhianat parti akan diambil tindakan, tegas Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan anggota UMNO dan BN agar tidak berkompromi dengan 12 menteri dari Perikatan Nasional (PN) yang mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Zahid, BN dan UMNO tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika terdapat anggotanya yang terlibat dengan gerakan 12 menteri PN yang mengutuskan surat menolak Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

“Jika mereka yang terlibat telah dikenal pasti, UMNO dan BN tidak teragak-agak untuk membuat tindakan dan masanya akan tiba nanti.

” Disiplin parti UMNO dan BN perlulah dipatuhi. Dalam suasana menjelang pilihan raya ini jangan ada pula cuba berkhianat dan menikam UMNO dari belakang.

” UMNO dan BN tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pengkhianat parti. Biarlah katak politik parti lain, dan parti mereka sahaja masih hanyut dengan jawatan mereka sebelum mereka tewas pilihan raya kali ini,” katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Seramai 12 menteri PN mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong semalam bagi menyatakan pendirian supaya PRU-15 tidak diadakan tahun ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Radzi Md Jidin.

Selain itu Zahid berkata, tindakan 12 menteri PN berkenaan bukan sahaja dilihat sayang untuk kehilangan kuasa malah mereka juga takut untuk berdepan pengundi di kawasan mereka.

Ini kerana, Zahid mendakwa, mereka kini dilanda ketakutan untuk berdepan pengundi ekoran tindakan sebelum ini yang melompat parti.

“Sudah pasti kalangan kabinet PN yang sangat risau pilihan raya ialah ahli kabinet yang melompat parti. Mereka tahu mereka akan dihukum oleh pengundi mereka sendiri.

” Pengundi marah ketika kempen PRU 2018, (mereka) bercakap berdegar-degar dan janji pula melangit.

” Mereka juga sangat takut berdepan dengan pengundi mereka dahulu. Di mata pengundi mereka melihat mereka hidup segan, bertanding semula tak mahu,” kata Zahid.

Sehubungan itu, Zahid mendakwa, untuk mengekalkan kuasa, 12 menteri PN itu cuba menangguhkan pilihan raya kerana takut kalah.

” Maka lebih baik kekal dengan jawatan dan kedudukan masa kini. Menikmati manfaat sebelum hilang kuasa,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat