UMNO Melaka Alukan Kerjasama MN Dan PN Hadapi PRN – Rauf

- Advertisement -

MASJID TANAH: UMNO negeri Melaka mengalu-alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bagaimanapun pandangan dan cadangan itu akan diperhalusi oleh peringkat tertinggi UMNO.

“Bagi saya kita mengalu-alukan sesiapa nak bekerjasama dengan kita termasuk Muafakat Nasional (MN).

“Tetapi keputusan parti akan memuktamadkan segala cadangan Perhubungan UMNO Negeri, sudah pasti faktor-faktor negeri harus diambil kira bagi memastikan kemenangan PRN akan datang,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai calon-calon UMNO dalam PRN, jelas Ab Rauf, ia akan dicadangkan peringkat Bahagian UMNO sebelum diperhalusi peringkat tertinggi negeri dan pusat.

“Kelazimannya calon-calon ini akan dicadangkan bahagian-bahagian untuk diletakkan calon DUN yang dipertandingkan.

“Tetapi kelaziman Ibu Pejabat UMNO akan buat saringan terhadap nama calon di hantar, kemudian diperhalusi dan dipertimbang menjadi calon.

“Kita akan bincang peringkat bahagian, nama calon dikemukakan bagi kita dapat menilai dan diberikan pertimbangan dalam semua sudut,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan pada Selasa memaklumkan parti itu belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, ia bergantung kepada permohonan UMNO negeri sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat