MKN Akan Tentukan Penutupan Sekolah -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan Covid-19.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara akan menentukannya selepas menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya tahu ramai ibubapa bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah, setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah,

“Kawasan-kawasan zon merah tersebut adalah di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang terletak di Sabah,” jelasnya ketika berucap pada Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Perdana Menteri juga menyatakan, kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan akan sentiasa memantau keadaan kes Covid-19 di sekolah di seluruh negara.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan guru, murid dan kakitangan sekolah,” tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat