Kisah Rakyat China Mengabsahkan Kerajaan & Tamadun China

- Advertisement -

OLEH: Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri

Sebelum kita pergi jauh, ada 3 soalan yang perlu kita fikirkan sedalam-dalamnya.

Pertama, adakah kita telah berjaya menangani pandemic Covid-19 sepenuhnya?

Kedua, adakah ekonomi negara kita sudah pulih sepenuhnya?

Ketiga, berapa kali kita hendak melalui krisis politik di kala nyawa rakyat berdepan risiko di kala pandemiK Covid-19?

Sebab itulah kita kena selak balik sejarah negara kita sebelum kita melanggar perjalanan negara tanpa asas yang kuat. Pada tahun 1980an dan 1990an, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, berupaya dengan gagah menyinggung kuasa Raja-Raja Melayu kerana ketika itu Kerajaan menguasai lebih 2/3 majoriti dalam Kerajaan.

Namun begitu, situasi itu tidak lagi dinikmati oleh mana-mana parti politik selepas Piliharaya Umum ke-14. Tidak ada mana-mana parti utama mendapat kerusi terbesar baik parti UMNO, PKR dan DAP.

Kesemua parti mendapat kerusi yang hampir-hampir sama. Akibatnya kita menyaksikan Kerajaan PH tidak dapat bertahan lama, begitu juga Kerajaan PN di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, DYMM SPB Yang Dipertuan Agong (YDA) telah menjalankan peranan yang sangat bermakna dalam sejarah. YDA berjaya melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas beberapa bulan negara tidak mempunyai Perdana Menteri pada tahun 2018.

Baru-baru ini, YDA juga berjaya melantik Perdana Menteri DS Ismail Sabri dengan proses yang sangat teliti.

Keabsahan Negara China

Sehari dua ini, isu keabsahan muncul lagi. Memang benar ada sejarah proses keabsahan Perdana Menteri Tun Hussien Onn pada tahun 1976. Memang benar ahli-ahli parlimen berhak menentukan keabsahan seseorang Perdana Menteri di dalam parlimen.

Namun begitu, membaca perlembagaan perlu jua disekalikan dengan konvensyen political science di negara kita, kerana dua-dua segmen ini ada peranan dalam proses nation building.

Di penghujung nanti, kita mahu melihat rakyat bahagia dan sejahtera. Rakyat tidak akan bahagia dan sejahtera jika hanya bergantung sepenuhnya dengan demokrasi ala barat atau demokrasi warisan barat.

Sebaliknya, kebahagian dan kesejahteraan itu jua datang daripada persefahaman politik, kefahaman sejarah, dan menghormati konvensyen political science negara. Apakah konvensyen political science negara kita ? Antropolgi politik menyebutnya sebagai asas negara.

Isunya, adakah mencari keabsahan itu selepas melalui proses SPB dan Raja-Raja Melayu sesuatu keutamaan dalam situasi sekarang? Dengan kematian harian melebihi 300 orang sehari, dengan angka tidak berubah sekitar 20,000 kes harian, dengan ekonomi domestik baru hendak bernafas, program vaksinasi belum lagi mencapai herd immunity, apakah kita kemaruk sangat untuk menjatuhkan setiap kali Perdana Menteri yang dilantik oleh YDA?. Tidak kiralah Perdana Menteri PH atau PN !

Bila agaknya ahli-ahli politik kita hendak matang setelah 64 tahun merdeka? Kenapa kita tidak boleh mencontohi negara-negara demokrasi maju dan besar untuk bekerja dahulu sepanjang 5 tahun. Apabila sampai masanya nanti, biar rakyat sendiri mengabsahkan Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimen di kertas undi. Tidak lama lagi pun, yakni tidak sampai 24 bulan tempoh parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendirinya.

Kita menghormati proses di dalam parlimen, tetapi kita juga perlu mengkaji apakah konvensyen demokrasi ala barat sesuai diimplemantasikan sepenuhnya dengan perkembangan dan cabaran semasa negara kita?

Negara China misalnya, dikenali sebagai negara Komunis terbesar selepas Russia, namun ternyata ekonomi dan sosialnya lebih maju daripada negara Demokrasi terbesar di Amerika Syarikat dan India.

China berjaya mengambil semula tanah Hong Kong dengan mengekalkan sistem demokrasi. Tetapi Amerika Syarikat tewas di Afghanistan selepas 20 tahun.

Profesor Huntington dalam jurnal popularnya mengenai ketamadunan, meramalkan tamadun Barat yang diketuai Amerika Syarikat akan bungkam dengan tamadun negara China.

Hari ini, China bukan sahaja mengatasi Amerika Syarikat di muka bumi, tetapi juga di planet Marikh.

Kesimpulan

Oleh yang demikian, kita perlu mengacu demokrasi kita sendiri supaya sesuai dengan ketamadunan bangsa kita. Di mana Raja-Raja menjadi salah satu teras paling utama dalam pembangunan politik negara, bukannya bulat-bulat demokrasi ala barat, atau demokrasi warisan barat yang semakin terhakis oleh demokrasi-demokrasi sebenar adunan lokal sebagaimana politik demokrasi ala China.

Kepada ahli-ahli politik tanah air, saya menyeru supaya marilah kita bersama-sama fokus kepada pencegahan penularan Covid-19 dan menggerakkan ekonomi negara.

Lupakanlah politik sejenak, tahun 2023 tidaklah 5 tahun lagi pun, hanya 22 bulan jua. Rakyat sangat bosan asyik menjatuhkan Perdana Menteri sama ada Perdana Menteri PH atau Perdana Menteri PN.

Sabar-sabarlah, tunggu-tunggulah dan fikir-fikirkanlah.

Beliau adalah adalah penganalisis politik dan Kerajaan dengan disiplin kajian beliau dalam bidang pembinaan negara bangsa, keselamatan negara dan patriotisme

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat