Myvi Remuk Dirempuh Lori, Pemandu Cedera Ringan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 45 tahun hanya cedera ringan pada bahagian muka meskipun kereta Perodua Myvi dipandunya remuk teruk akibat dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran sebuah lampu isyarat di Jalan Ipoh petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku jam 2.40 petang selepas pemandu lori berusia 25 tahun itu gagal mengawal kenderaan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori warga tempatan tersebut telah memandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul sebelum gagal mengawal kenderaan dan merempuh laju lima kenderaan.

“Pemandu lori berkenaan telah merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda Hrv dan Peugeot 208.

“Pemandu yang memandu Myvi berwarna kuning berusia 45 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifuddin berkata, hasil saringan air kencing turut mendapati pemandu lori berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Beliau berkata, pemandu kenderaan lain hanya cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Katanya, pemandu lori berkenaan didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

“Pemandu lori berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat