Mahathir Mahu Tutup Umno – Nazri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad merancang untuk menutup parti Umno ketika menjadi perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Di bawah Mahathir, tahukah kamu, dia nak tutup Umno. Dia lantik Tommy Thomas jadi Ketua Hakim, dan orang seperti ini untuk serang pihak sebelah.

“Jadi, Nampak sangat,” katanya dalam satu majlis bersama pengamal media di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas menteri kebudayaan dan pelancongan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau memilih Anwar atau Mahathir ketika krisis politik yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Menurut Nazri, sokongan beliau adalah kepada Anwar Ibrahim berbanding Mahathir untuk memilih bakal perdana Menteri.

Pilihan tersebut merupakan antara langkah paling tepat untuk menyelamatkan Umno daripada ditutup oleh musuh parti itu, terutama Mahathir yang juga bekas perdana Menteri dua kali.

“Sebenarnya saya bukan suruh Anwar lawan Mahathir, tidak. Kebetulan, kalau Mahathir – saya nak merayu kepada dia, jangan tutup Umno, saya tahu dia akan tutup Umno.

“Saya jumpa Anwar kalau dia jadi perdana Menteri lepas dua tahun nanti, janganlah tutup Umno.

“Anwar kata kepada saya dia takkan tutup, kalau lawan (politik) kita lawanlah tapi takkan tutup (parti) Umno.

“Anwar juga kata, Pak Ibrahim, bapa dia adalah orang kuat Umno,” katanya.

Tambah Nazri, Anwar juga merupakan seorang ahli politik yang perlu diberi peluang untuk menjadi perdana Menteri ketika itu.

Selain untuk menyelamatkan Umno, Anwar juga menurut beliau merupakan individu yang dikenalinya secara peribadi, yang mampu untuk membuat sesuatu yang baik untuk negara.

“Untuk sekian waktu, setelah 20 tahun, termasuk dalam penjara, (berpolitik) datang semula, dan dia masih ada tenaga. Saya hormat dia pasal ini.

“Saya yakin kalau dia diberi peluang, dia akan buat yang terbaik untuk Malaysia setelah dia melalui (macam-macam). Bukan setakat dia, tapi keluarganya juga terkesan.

“Kalau dia boleh, masih lagi kuat tenaga terus dalam keadaan (politik) sekarang, saya rasa kenapa tidak bagi dia peluang,” tambahnya.

Dalam masa sama, Nazri yang juga terkenal dengan suara lantangnya mengkritik Mahathir, menyifatkan tindakan bekas perdana menteri dua kali itu sebagai tidak berhati perut kerana menghalang Anwar dengan palbagai cara untuk jadi perdana Menteri sejak 20 tahun lalu hingga hari ini.

“Setelah 20 tahun, masih nak halang dia, manusia yang tiada hati perutlah kalua masih nak halang dia.

“Sebab itulah saya bagi sokongan kepada Anwar, sangat peribadi. Saya sampai hari ini pun masih kawan baik dia,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat