Akaun Masih Dibekukan, UMNO Johor Tiada Sumber Kewangan Untuk Anjur Program

Perak Mungkin Dapat Menteri Besar Baharu – Sumber UMNO

IPOH - Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO...

Malaysia Kecam Ucapan Hina Islam Dan Penerbitan Karikatur Lakaran Nabi Muhammad SAW

CYBERJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam sebagaimana yang dapat disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan...

KKM Jangka 4 Minggu Lagi Ratakan Lengkungan Jangkitan Covid-19

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan lengkungan pandemik Covid-19 dapat diratakan dalam tempoh empat minggu akan datang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar...

Kerajaan Tiada Kuasa Batal PRK Batu Sapi, SOP Lebih Ketat Dibincang

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini akan tetap diteruskan biarpun kes positif Covid-19 terus meningkat...

JOHOR BHARU- UMNO Johor berharap pembekuan akaun parti itu yang berjumlah RM600,000 dihentikan bagi membolehkan mereka menggunakan dana berkenaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan sejak hampir tiga tahun lalu untuk mendapatkan semula dana tersebut.

“Ketika ini UMNO Johor tidak mempunyai sumber kewangan lain untuk menggerakkan program parti di peringkat akar umbi. Kita sudah berusaha untuk mendapatkannya dan kini hanya berserah kepada ALLAH.

“Kalau ada, adalah, kalau tidak ada kita teruskan dengan apa yang ada. Kita tidak boleh bersandarkan kepada itu (dana RM600,000) sahaja. Kita belanja apa yang ada dan buat (program) yang mampu sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2020 di Hotel Grand Paragon di sini hari ini.

Samsolbari mengulas akaun parti tersebut yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 selepas tindakan yang sama dikenakan terhadap akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Selain itu, akaun UMNO Bahagian Johor Bahru melibatkan dana RM1 juta turut dibekukan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Samsolbari, UMNO Johor perlu belajar daripada parti lain yang boleh terus ‘hidup’ walaupun tanpa kewangan kukuh dan pihaknya percaya perkara itu dapat dilakukan kerana mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi.

Jelasnya, ahli UMNO di negeri ini masih bersama walaupun dalam keadaan sukar ketika ini kerana mereka percaya dan faham hala tuju serta perjuangannya parti itu.

Tumpuan utama ketika ini katanya, untuk memperkukuh parti dan bersiap sedia menghadapi PRU15 selain terus menjalin kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, semua perancangan berjalan lancar termasuk mesyuarat 2,370 cawangan UMNO di negeri ini yang sedang aktif dilakukan selepas terhenti sebelum ini akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Mengenai pengagihan kerusi antara UMNO dan Pas di peringkat negeri, beliau berkata, perkara tersebut masih belum dibincangkan sebaliknya fokus ketika ini merancakkan program kedua-dua parti itu di peringkat bawahan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Perak Mungkin Dapat Menteri Besar Baharu – Sumber UMNO

IPOH - Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO...

PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar...

Noh Omar, Nazri Aziz Nafi Laporan Serang Najib Ketika Mesyuarat MP UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang melahirkan rasa terkejut apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang dilaporkan menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...