‘Jelmaan Chong Wei’ Menyinar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki muda negara, Lim Chong King menyinar pada hari pertama saingan Divisyen 2 Kejohanan Jemputan BAM yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.

Pemain berusia 20 tahun yang dikatakan mempunyai gaya permainan mirip Datuk Lee Chong Wei itu membuktikan kualiti dimilikinya apabila menang ke atas kedua-dua lawan yang ditemuinya.

Pada aksi di sebelah pagi, Chong King mengatasi Low Eu Chong 21-15, 21-14 sebelum menewaskan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar 19-21, 21-15, 21-14 dalam perlawanan sebelah petang.

Dia akan meneruskan misi untuk layak ke Divisyen 1 menentang Ter Chun Long dan Wyman Goh, esok.

“Masa mula masuk ke gelanggang, saya tidak dapat rasai suasana yang biasa ketika beraksi dalam kejohanan. Namun, apabila perlawanan memasuki 11 mata, ‘feeling’ itu sudah kembali.

“Memandangkan ini adalah kejohanan pertama tahun ini, masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Memang saya mahu untuk layak ke Divisyen 1 tetapi buat masa sekarang fokus saya adalah hasilkan keputusan terbaik dalam saingan Divisyen 2 ini,” katanya.

Seramai enam pemain bersaing dalam Divisyen 2 yang diadakan secara liga sepusingan dengan pemain yang mengungguli dua kedudukan teratas akan layak ke Divisyen 1.

Saingan utama itu akan menampilkan 52 pemain kebangsaan dan profesional untuk bersaing dalam lima acara bermula 11 hingga 16 Ogos ini.

Bekas ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek sebelum ini menyifatkan Chong King sebagai bintang dalam pembikinan dan berkata gaya permainan pemain itu terutama menerusi ‘jumping smash’ mengingatkannya kepada Chong Wei ketika usia muda sebelum dia bergelar jaguh dunia – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat